Pages

HUKUM MASUK DAN TONTON WAYANG


Lebih ramai umat Islam berkunjung ke rumah Syaitan berbanding ke rumah Allah.
:sekadar gambar hiasan:


Amaran! Ikuti keseluruhan artikel ini sehingga baris yang terakhir, agar anda benar-benar jelas akan hukumnya.

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - Soalan Terkumpul

SUB KATEGORI: Umum

Soalan :Apakah hukum mengikut pandangan ulama' tentang masuk ke panggung wayang?

Jawapan:
Hukum masuk ke panggung wayang adalah berdosa kerana penuh dengan unsur-unsur yang ditegah oleh hukum syarak.

Panggung wayang adalah benda baru dan tidak ada nas yang mengharamkan panggung wayang. Namun sesuatu yang tidak diharamkan lizatihi ( kerananya ) berkemungkinan diharmkan lighoiri ( disebabkan hal-hal yang mendatang ). Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya.

Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-

1. Cerita yang ditayangkan (mengandungi unsur-unsur haram di sisi Islam)
2. Kedudukan yang bercampur antara lelaki dan perempuan
3. Mengundang fitnah

Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan .

wallahu 'a'lam.

Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

Jawapan:

wa’alaikumussalam

Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:


Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Tetapi pada hakikatnya, adakah pawagam atau panggung wayang yang sedia ada pada hari ini mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan tersebut? Adakah benar tidak mengandungi unsur-unsur kurang sopan, tidak bercampur baur lelaki dan wanita, tidak mengundang fitnah dan tiada unsur-unsur yang mengundang bala' daripada Allah? Sudah tentu tidak, ia langsung tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas malahan mencabar hukum Allah dan mengajak manusia lalai daripada mengingati Allah.

Maka haramlah ia seperti mana yang disebut dalam soal jawab JAKIM kerana pawagam-pawagam yang ada pada hari ini jelas mengandungi unsur-unsur yang melanggar syara' dan batas-batas agama.

Adakah anda ingin mencabar Hukum Allah? Silakan...

Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan


p/s: Dah berapa kali berkunjung ke rumah Allah tahun ni berbanding berkunjung ke rumah syaitan..ke surau jarang skali tp ke tempat2 hiburan sgt la laju...nak iktikaf di surau 1/2 jam tuk baca quran pon susah tp duduk terpacak di wayang smpai berejam2 xde masalah pulak....Nauzubillah...AKHIR ZAMAN..AKHIR ZAMAN...

Wallahua'lam.

14 comments:

Professor said...

falyukhayyiru ya jundullah..
tapi kena gunakan pendekatan yg halus, majoriti nya bukan x tau tmpt tu mcm tu, tapi x faham yg tmpt tu mcm tu, semoga Allah memilih kita yg membaca ni sebagai hamba-hamba yang akan diberi kefahaman dalam agamaNya..Amiin..

hamba_tarbiyah said...

salam ziarah dan salam islah ya akh..herrmm cm knal je artikel kt atas ni..ok ape2 pun keep in writing..syukran ats mmnjgkan pena dakwah..

Slave of Allah waaniijazz said...

syukran... akhirnya terjawab juga kemusykilan kami selama nih..

akula said...

salam..jzkllah sume yg sudi ziarah n leave cmmnt..moga bermanfaat sgl ilmu

Ikaa_Masri said...

salam, sy minx kebenaran nak share ya :)

INSAN said...

persoalan sudah terjaawab kini

sakinah said...

alhamdulillah...dh tau dh hukumnya..lepas ni..bila org nk sangkal lg..boleh bgtau..macamana pnggung yg dibolehkan menonton wyang walau hakikatnya kat malaysia ni...xda pun panggung mcam tu...even malaysian skrg ni..org dh take bnda tu as a normal situation..xheran la org masuk uar pnggung wyg...syukran jazilan..

.::: Princess MOMOY :::. said...

nice info
thx for sharing

anis hidayah said...

salam....bgaimna pla kalau pergi bsama suami? adakah tetap dikira haram?
namun bgitu..trima ksh ats maklumat yg tlh disampaikan....

zatie said...

info yg berguna...:)

syuiba el islamea said...

tanx kak 4 sharing...an evidence y mantap...

Anonymous said...

time kaseh ^^

Anonymous said...

alhamdulillah...dri kecik family dh set tmpat tu haram...tp blum hadam nk jelaskn pd org..esp ank2 sendiri sekrang...yg majoriti kawan2 mereka menonton wayang...dh jdi habit n xtiviti family mereka...ank2 bru dlm umur 8-9 tahun...ajak kita pula g tonton...'best la mak..kwn2 g tonton wayang..' Dh jd trend biasa skrang...seeloknya isu2 sperti ini dipahamkan kpda org ramai...jazakallhu khairan...

Anonymous said...

pegi dgn suami pun haram sbb ada org lain kt ctu dan cte pun pelakon x tutup aurat. if tgk dokumentari yg bermanfaat baru boleh. kan simple jek,guna akal yg dikurniakan. pegi dgr ceramah yg free n dpt bayaran pahala xnk, seboleh2 nk tny jg soalan yg konon boleh menghalakan cara.aduhai.mcm dgr lagu yg lalai igt tuhan.ketahuila jika ada kata2 hati kata "ala xpe,skit jek etc" bisikan syaitan tu. mula2 skit,ble dh sdp lalai nnt trus syok n lupa.

Post a Comment